Pada 26 dan 27 Jun yang lalu, Hari Kokurikulum SMK Ayer Baloi telah dijalankan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar ke arah kecemerlangan kokurikulum. Ianya bertepatan dengan kehendak KPM yang ingin memperkasakan bidang kokurikulum. Disamping Hari Kokurikulum, sekolah turut mengadakan Hari Koperasi dan Hari Terbuka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Perancangan untuk program ini telah dicetuskan oleh GPK Kokurikulum SMKAB sendiri yang sentiasa prihatin dan serius dalam menjalankan tugasnya. Setelah dibawa ke dalam mesyuarat ad- hoc, semua guru-guru SMKAB bersetuju untuk membantu beliau. Selain itu, kerjasama oleh PIBG, PPD Pontian dan juga Pusat Kokurikulum dapat melicinkan lagi perjalanan program. Dengan ini jelaslah, bahawa kejayaan ini milik kita semua. Syabas dan tahniah SMKAB.. semoga terus maju dan memperoleh kejayaan gemilang.