14 Februari 2009,Lembaga Pengawas SMK Ayer Baloi telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas di Gunung Lambak Eco Resort, Kluang, Johor.[+]
Kem ini disertai oleh 72 orang pengawas sekolah. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kerjasama antara pengawas dan juga membentuk ketrampilan diri dalam diri pengawas.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah jungle tracking, climbing, keyakinan di air dan pembentangan berkumpulan.
Syabas dan tahniah kepada guru pengawas dan semua pengawas yang telah menjayakan program ini. Semoga sumbangan dan bakti kalian dapat memperkasakan lagi SMK Ayer Baloi.