SELAMAT DATANG KE UNIT KOKURIKULUM SMK AYER BALOI..... SMKAB Unggul Penjana Generasi Terbilang  

Bantuan Pakaian Uniform

Bantuan pakaian uniform kokurikulum telah diterima pada 21 Jan 2009. Seramai 921 pelajar layak menerima bantuan iaitu daripada tingkatan 1 hingga 5. Pelajar yang mendapat bantuan dinilai berdasarkan SMM yang dikeluarkan oleh JPN (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) .[+] Syarat bagi pelajar yang layak mendapat bantuan ini ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1,000 ke atas. Pelajar yang mendapat bantuan diwajibkan memakai pakaian uniform setiap hari Rabu. Semua bantuan uniform telah ditanggung oleh Kerajaan dengan kos RM100 setiap seorang pelajar. Bermula 15 April 2009, aktiviti perjumpaan unit kokurikulum telah bermula pada pukul 2.00 hingga 3.30 petang. Surat amaran 1 akan dikeluarkan bagi pelajar yang enggan memakainya. Untuk pengetahuan lanjut, hal ini akan menjejaskan gred purata keseluruhan markah kokurikulum para pelajar yang enggan memakai baju uniform tersebut.

 
Background by PowerDirectory