Majalah Nadi 2008 telah berubah kepada e majalah, dimana ianya telah dihasilkan dalam bentuk Compact Disc ( CD). Pembaharuan ini seiring dengan matlamat sekolah untuk menuju ke sekolah bestari disamping menggalakkan para pelajar supaya celik IT. [+] Menurut GPK Kokurikulum, En. Ariffin Bin Bajuri, Nadi 2008 ini boleh di buka menggunakan komputer melalui perisian Microsoft Power Point. Menurut beliau lagi, dengan langkah pendigitalan ini, majalah nadi tidak akan rosak dimakan usia seperti majalah yang bercetak yang akan lusuh atau kotor. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam penghasilan majalah Nadi 2008. Semoga Nadi 2009 menjadi lebih canggih dan menarik lagi. sama-sama kita nantikan kemunculannya.