SELAMAT DATANG KE UNIT KOKURIKULUM SMK AYER BALOI..... SMKAB Unggul Penjana Generasi Terbilang  

Standard Guru Malaysia

  • Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
  • Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
  • Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Merentas Desa SMK Ayer Baloi 2010

SMK Ayer Baloi, 1 Februari 2010, Aktiviti kokurikulum bermula dengan acara merentas desa. Acara ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Seperti biasa, dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan perempuan. Jarak bagi kategori lelaki sejauh 7 km, manakala jarak bagi kategori perempuan sejauh 5 km. Sebelum aktiviti berlangsung, pengetua selaku ketua pentadbir memberikan kata-kata semangat untuk pelajar. Kemudian, tepat jam 8.00 pagi, pelajar perempuan memulakan larian. Seterusnya pelajar lelaki pula dilepaskan pada jam 8.40 pagi [+] Sepanjang acara ini dijalankan, pihak sekolah telah diberi bantuan keselamatan dengan kerjasama Ketua Balai Polis Ayer Baloi. Seramai 6 anggota polis membantu guru-guru bagi memastikan aktiviti ini berjaya. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Di samping itu, pelajar-pelajar telah menunjukkan minat yang positif terhadap aktiviti dengan meningkatnya jumlah penyertaan. Syabas dan tahniah kepada GPK Kokurikulum di atas kejayaan merancang dan melaksana aktiviti ini. Tak lupa juga pada guru-guru SMK Ayer Baloi yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi pada aktiviti - aktiviti sekolah.

50 things you should know about Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Syed Mokhtar Story (Biography)

  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
  • BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta - Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
  • BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini[+]

Kemerdekaan ke 52 tahun

Selamat Menyambut Hari kemerdekaan ke 52.

Marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Kali Ke-52 pada tahun ini. Sesungguhnya, kemerdekaan ini amat bermakna kepada kita kerana kemerdekaan, kedaulatan dan kemakmuran negara terus terpelihara. Nikmat yang sedang kita kecapi ini tidak ternilai harganya dan bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah tetapi hasil daripada pengorbanan dan perjuangan para pemimpin kita pada masa lampau. Kemerdekaan yang dinikmati kini dapat dikekalkan melalui perpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kepentingan perpaduan rakyat ini juga ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui konsep 1MALAYSIA yang juga Tema Hari Kebangsaan kali ini “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.” 1 MALAYSIA ini akan mewujudkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Selain itu, konsep ini dapat menimbulkan semangat patriotik iaitu perasaan kasih, sayang dan cinta akan negara. Melalui 1MALAYSIA, pendidikan dan pengetahuan adalah antara prasyarat penting kelangsungan hidup (survival) negara untuk mencapai kemajuan. Peluang murid-murid untuk berinteraksi berasaskan kurikulum dan penekanan nilai-nilai murni akan dapat menemukan rakyat Malaysia pada satu titik persamaan iaitu perpaduan. Perpaduan yang dipupuk sejak di bangku sekolah ini akan dapat menjana keharmonian hidup bermasyarakat dan sekali gus kita dapat sama-sama berganding bahu membangunkan negara supaya dapat duduk sama rendah, ke arah sebuah negara maju. Selain itu, pendidikan dan pengetahuan dapat diperoleh melalui pembacaan. Budaya membaca mampu memperkaya dan membuka minda dengan ilmu pengetahuan dan seterusnya membangunkan masyarakat. Bermula dengan amalan membaca, akan bercambahlah minda yang kreatif dan inovatif . Sesuatu tamadun mampu dirancang dan dibina dengan hebat serta dilonjakkan dengan pemikiran yang rasional di samping iltizam yang konsisten untuk memacu kegemilangan. Oleh itu, murid-murid perlu mengamalkan budaya ilmu ini untuk memastikan kecemerlangan diri dalam pembentukan modal insan minda kelas pertama kerana ”Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.

Pada 26 dan 27 Jun yang lalu, Hari Kokurikulum SMK Ayer Baloi telah dijalankan. Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar ke arah kecemerlangan kokurikulum. Ianya bertepatan dengan kehendak KPM yang ingin memperkasakan bidang kokurikulum. Disamping Hari Kokurikulum, sekolah turut mengadakan Hari Koperasi dan Hari Terbuka. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Perancangan untuk program ini telah dicetuskan oleh GPK Kokurikulum SMKAB sendiri yang sentiasa prihatin dan serius dalam menjalankan tugasnya. Setelah dibawa ke dalam mesyuarat ad- hoc, semua guru-guru SMKAB bersetuju untuk membantu beliau. Selain itu, kerjasama oleh PIBG, PPD Pontian dan juga Pusat Kokurikulum dapat melicinkan lagi perjalanan program. Dengan ini jelaslah, bahawa kejayaan ini milik kita semua. Syabas dan tahniah SMKAB.. semoga terus maju dan memperoleh kejayaan gemilang.

Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1)

Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah Kenyataan Akhbar

  1. Sepertimana kita sedia maklum, bilangan kes yang telah disahkan positif jangkitan penyakit Influenza A (H1N1) telah meningkat di negara kita. Pada 22 Jun lalu sebanyak empat (4) kes pertama yang melibatkan murid sekolah telah di kesan di beberapa buah sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Dua buah sekolah iaitu SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SK Asunta 2, Petaling Jaya telah diarahkan tutup selama seminggu.
  2. Manakala murid-murid di dua buah sekolah di negeri Selangor iaitu SMK Seksyen 9 dan SMK Damansara Utama di mana seorang daripada rakan di dalam kelas mereka telah disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1), dan telah mendapat rawatan di hospital. Walaubagaimanapun kedua-dua buah sekolah ini tidak ditutup.
  3. Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk meyakinkan kepada semua ibubapa supaya tidak panik kerana langkah-langkah proaktif yang diambil ini adalah merupakan langkah berjaga-jaga. Apa sahaja tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan nasihat Kementerian Kesihatan yang sentiasa membantu dengan memberi khidmat kepakaran mereka dalam menangani kes ini di sekolah-sekolah.
  4. Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin ingatkan kepada semua Guru Besar dan Pengetua sekolah supaya mengambil tindakan berikut dengan segera bagi memastikan Influenza A (H1N1) tidak menular di sekolah-sekolah: Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam panas dan selsema pada diri pelajar dan warga sekolah hendaklah segera dirujuk kes kesihatan mereka ke hospital dengan segera ; Sekiranya pelajar/ warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1) maka tindakan berikut hendaklah diambil: - merujuk kepada hospital terdekat untuk tindakan ‘kuarantin’; - hubungi keluarga pelajar/ warga sekolah berkenaan; - membantu pihak hospital untuk mengenalpasti orang-orang yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan. - Menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
  5. Bagi menangani isu ini semua sekolah hendaklah memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, terutamanya tandas, bilik darjah, kantin, asrama dan sebagainya. Langkah sesetengah sekolah mengambil inisiatif menjalankan pemeriksaan suhu badan pelajar/warga sekolah adalah digalakkan.
  6. Adalah dimaklumkan bahawa semua aktiviti sekolah termasuk aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan seperti biasa.
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Putrajaya, 22 Jun 2009

 
Background by PowerDirectory